Saturday 5 November 2011

SALAM AIDILADHA ...

Kelebihan Bulan Zulhijjah
Assalamualaikum semua.. Salam AIDILADHA ...
 
Hari ini dah masuk bulan ke 12 dalam kalendar Islam iaitu Bulan Zulhijjah yang sangat banyak nikmat Allah untuk kita ambil.  Amal yang dilakukan di dalam 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah mempunyai kelebihan melebihi jihad fisabilillah;Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;


Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupon jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).

 Antara amalan-amalan yang digalakkan untuk dilakukan sepanjang 10 hari terawal Bulan Zulhijjah adalah seperti:

1. Berzikir.

Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘La ilaha Illa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’. Ia bersumber daripada hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sahih oleh Imam Al-Munziri di mana Allah SWT menyebut ertinya: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Al-Hajj, 28)

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah 10 hari Zulhijjah ini dan ini juga adalah pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa.

Sangat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula hari terbaik untuk berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda mengenai kelebihan Hari Arafah, bahawasanya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Baginda juga menyatakan puasa itu menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.

Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ia sangat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.

Sungguh biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang sangat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5. Bertakbir.

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali menyatakan, permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tasyrik.

6. Melakukan sembelihan korban.

Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban,” dan “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda ketakwaan hati.” (Al-Hajj, 32)

Hadis Riwayat At-Tarmidzi, Abu Daud, Gharib menyebut: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang).”

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama, termasuk sahabat besar seperti Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar Al-Khattab RA dan Ibn Mas’ud RA berpendapat ia WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang berniat awal untuk
Dalam melaksanakan korban ini, Rasulullah SAW menamakan hari sembelihan, iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih: Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya apa itu Haji Akbar, beliau menjawab: “Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Menurut Ulama, itulah yang dimaksudkan dalam ayat surat At-Taubah tetapi sesetengah ulama lain membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah.

Sesetengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA yang menyatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa.

Ia juga disebut oleh Imam Al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Namun, ada sahabat mengatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat, manakala Saidina Ali pula mengatakan ia hari korban pada 10 Zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wukuf di Mina (hari Tasyrik).

Akhirnya, perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Aidiladha menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia (kecuali jika benar-benar sesebuah negara itu mengikut rukyah).

WALLAHUA'LAM ...

Thursday 27 October 2011

Kem Jati Diri di D'Omland

Setelah sekian lama merancang, akhirnya tertunailah hasrat saya mengadakan satu kem motivasi untuk sekolah yang tercinta. Kem kali ini menghimpunkan 3 struktur yang terpenting dalam sekolah iaitu Unit Ko-Kurikulum, Unit Kaunseling & j-QAF SKSP. Maklumat kem adalah seperti berikut:
  •  Tarikh    : 23 - 25 Oktober 2011
  •  Tempat  : D'Omland, Kg. Bukit Kecil
  •  Peserta  : 72 Orang Murid ( 26 Lelaki & 46 Perempuan )
  •  Krew     : Ckg Noriza, Us Luqman, Us Mansor, Ckg Zakaria, Ckg Zunisam, Ckg Azalizam, Ckg Zarina, Ckg Izwanna & Ust Asyita.
                             Adik Nurul, Kak Izwanna, Kak Noriza dan Kak Zarina tengah berposing ..... 
                           Check Point Peach : Ketua Kumpulan memberi minum kepada ahli kumpulan ... 
   Bersama-sama Cikgu Zakaria & Kumpulan Anak-anak Soleh ... Kumpulan Terbaik ...
    Tolong nganga luas-luas tau ... Di CP Peach ( Us Luqman & Ckg Ya )
    Aksi Flying Fox oleh Adik Fakhrul Naim ... Eeee Bestnyer ...
        Solatlah adik-adik walau dimana anda berada ... Solat Zohor yang diImamkan oleh Adik Zulhilmi ...
    Saya bersama orang kuat program .... ( Ibu Noriza )
    Ustaz Mansor turut membantu kumpulan dalam acara Mini Survivor ...
    ( Masak ke ikan tue )
    Aksi Berbahaya daripada Cikgu Zunisham dalam aktiviti Rentas Bakau ...
    Gadis Melayu Terakhir .....
    Bergambar Kenangan dalam aktiviti Rentas Hutan Bakau ...
    Aktiviti Blind Trail di dalam Kolam Buaya ( hee ... hee... )